Monday, 30 August 2010

ZODIAK AKU,,,CAM BETOL JEP,,,,HAHAHAHA

CAPRICORN : YANG POSESIF ( 21 Disember - 19 Januari)

Ciri Positif
Orang dilahirkan pada tarikh di antara 21 Disember hingga 19 Januari dikatakan
bernaung di bawah zodiak Capricorn , yang berlambang kambing.Capricorn
mengutamakan kejayaan , status ,kedudukan, reputasi , kesetiaan, penumpuan
, di samping berkebolehan menyelesaikan masalah , bertanggungjawab, memperlihatkan
kebijaksanaan , dan keseriusan belajar melalui pengalaman.


Ciri Negatif

Walau bagaimana pun , ada kalanya Capricorn bersikap memandang buruk (pesimis
), selalu terpaksa, membebankan, menghadapi halangan, memperlihatkan batasan,
kurang simpati, berada dalam ketakutan, dan pemikiran sempit.



Kualiti Astrologi

Capricorn termasuk dalam kategori kardinal , iaitu aktif. Dengan kualiti
ini anda dianggap baik untuk memulakan setiap projek baru. Lambang-lambang
yang termasuk dalam kategori kardinal selain Capricorn , ialah Aries,Cancer
dan Libra.


Gelagat Perhubungan

Dalam pergaulan , orang yang berkelahiran Capricorn agak posesif (mengongkong
). Dalam pergaulan yang membuahkan cinta , anda sering mencemburui si dia
tanpa sebab. Sifat begini menyebabkan perangai anda sulit untuk dimengerti
dan anda kekadang semacam kebudak - budakkan.Untuk mengatasi masalah ini
, seseorang yang berkeperibadian dewasa , mesra dan penuh pengertian adalah
pendamping yang sesuai bagi Capricorn.



Orang yang di bawah naungan Aries ( 21 Mac - 20 April ) , Taurus ( 21 April
- 20 Mei) atau Libra ( 23 September - 22 Oktober ) memang sesuai bagi Capricorn.
Sikap Aries yang penuh perhatian dapat mendamaikan hati Capricorn . Bersamanya,
anda (Capricorn) akan berasa diperlukan dan disayangi. Taurus yang tenang
juga tepat bagi Capricorn. Sikap Taurus yang kerap melindungi dan jujur
, memang anda perlukan. Berpasangan dengan Libra yang bijaksana pula, akan
membahagiakan Capricorn. Libra sangat berhati - hati dalam tutur kata sehingga perasaan anda yang sensitif ,
tidak akan terluka.



Sebaliknya, Hubungan Capricorn dengan Aquarius ( 21 Januari - 18 Febuari
) atau Gemini ( 21 Mei - 20 Jun ) dianggap kurang sesuai. Ini kerana hubungan
Capricorn - Aquarius bukanlah hubungan yang ideal. Tetapi anda (Capricorn)
jangan risau. Sikap anda yang sukakan praktis dapat mengatasi hal tersebut.
Ini berlaku demikian kerana Aquarius memiliki pandangan yang luas apabila
rasa cemburu anda sedang meluap-luap.



Manakala sifat Gemini , yang sukar dipegang, bukanlah mempesonakan anda
yang berlambang Capricorn. Tidak mudah bagi anda yang mudah cemburu mendampingi
perilakunya yang sering berubah - ubah. Namun begitu, hidup bersama-sama
Gemini tidak akan ada ketegangan lantaran dia suka berpesta, berteman banyak
dan berseronok - seronok.



Kerjaya dan Kewangan

Capricorn memang bercita - cita mencari kekuasaan dalam kerjaya sehingga
anda bersedia bekerja dengan tekun . Capricorn ditakdirkan menjadi pengurus
dan pentadbir yang baik. Diibaratkan berpasangan dengan Leo, kalau Leo
sangat baik menjadi raja atau permaisuri, Capricorn sangat sesuai menjadi
perdana menteri


Kejayaan Capricorn dalam usaha mengatasi masalah dan risiko akhirnya menjadikan
anda berjaya mendapat faedah dari segi kewangan. Sikap rajin bekerja anda
juga menyebabkan ketua dan rakan seorganisasi menghormati anda. Dari segi
kewangan juga Capricorn pada umumnya memperolehi harta dan mampu membelanjakan
harta itu pada jalan yang wajar. Anda misalnya tidak gemar bersikap boros
atau membelanjakan wang ringgit untuk tujuan perjudian atau pelaburan yang
belum pasti untung ruginya.




Keluarga dan Rumah Tangga

Rumah kelahiran Capricorn biasanya kemas dan tersusun. Cara anda menguruskan
rumah tangga sama dengan cara anda mengurus kerjaya. Capricorn bijak menguruskan
anak - anak dan serius dengan peraturan yang sewajarnya dipatuhi mereka.
Pastinya Capricorn berbangga menjadi ibu atau bapa.

No comments:

Post a Comment